DEBAT MOREH
di warung ini
mereka saling menuduh
siapa yang gopoh.
mereka saling menuduh
siapa yang gopoh.
kata lebai jusoh
mereka yang gopoh
yang ingin segera
menawan putrajaya,
hingga sanggup diperbabi
oleh kafir harbi.
mereka yang gopoh
yang ingin segera
menawan putrajaya,
hingga sanggup diperbabi
oleh kafir harbi.
mamat loyar menyanggah
katanya,
mereka yang gopoh
ialah yang gelojoh
hingga sanggup senggama
dengan penjual agama
yang sejak berzaman
punya lidah bercabang,
agar dapat segera
hudud dilaksana.
katanya,
mereka yang gopoh
ialah yang gelojoh
hingga sanggup senggama
dengan penjual agama
yang sejak berzaman
punya lidah bercabang,
agar dapat segera
hudud dilaksana.
aku hanya ketawa
sambil bersedia
kalau-kalau mereka beradu
mengguna lutut dan siku.
sambil bersedia
kalau-kalau mereka beradu
mengguna lutut dan siku.
ZIZIE ALI
Kuala Terengganu
2 Julai 2015
Kuala Terengganu
2 Julai 2015