Friday, December 02, 2011

LONGKANG SEJARAH

.
tiba ketikanya
petualang yang sekian lama
dijulang sebagai pejuang
dihanyutkan ke longkang
oleh generasi
yang tidak lagi
menelan segala
tanpa timbangtara.

ZIZIE ALI
2 DISEMBER 2011

Wednesday, November 16, 2011

SAKU

.
kitapun bertemu
lalu aku menyimpan dua tanganku
di dalam saku celana
dan kau menyimpan segala benci
di dalam saku hati.

ZIZIE ALI
16.11.11

Friday, August 07, 2009

pembakar jambatan di usia senja


pembakar jambatan di usia senja
masih petah berbicara.

katanya
unjukrasa tempoh hari
hanyalah agenda peribadi
buat melupakan kejadian
main belakang.

pembakar jambatan di usia senja
masih petah berbicara
bicaranya
setanding pakteh musa
yang kini bersendaloka
di wad sakit jiwa.


ZIZIE ALI
070909

Friday, March 20, 2009

kembali ii

masih bisakah aku
bermain seruling seperti dahulu
di taman ini ,
sesudah bermusim memikul rentaka
di tengah belantara.

ZIZIE ALI
200309

Wednesday, May 23, 2007

sayap kecil

tidak kau patahkan
sayap kecilku
meski akulah
pengganggu langkahmu
sore itu.

aku sekadar diutus
sebagai saksi kerdil
bahawa rumpun kesabaran
masih mekar
di taman hatimu.

ZIZIE ALI
23.05.07

Friday, January 26, 2007

hakikat harapan (memujuk sera)

yang diberi
apa yang kita tidak harapkan
yang kita harapkan
tak kunjung tiba.

kalau tiap yang diharapkan
terus menjelma
samalah dunia
dengan syurga.

ZIZIE ALI
260107

Wednesday, September 13, 2006

KITA DAN DIA

ternyata
sampai suatu ketika
kita akhirnya seakan ingin memaafkan
segala kekejaman
meski dia enggan memohon maaf
mengaku segala khilaf.

bukan kita mudah lupa
atau kabur dalam menilik neraca
hanya kita ingin meraih peluang
menggapai mutiara kebenaran
meskipun nantinya
kita terpaksa beriringan
dan berpimpin tangan
dengan sang petualang.

kita dan dia
bertolak dari pelabuhan berbeza
dengan hasrat berbeza
namun kini bukanlah ketika
untuk kita
mengkaramkan bahteranya.

ZIZIE ALI
13.09.06