Thursday, March 13, 2014

USAHLAH

usahlah meneropong
dengan buluh kebengongan.

usahlah terperangkap
dalam bubu kebahlulan.

usahlah terbang
guna tikar kebongokan.

usahlah ditatang
kelapa-kelapa kebangangan.

Zizie Ali
K.Trg
12.3.2014




Tuesday, March 11, 2014

MENYERAH MISTERI

halusnya rahsia Tuhan yang telah merancang satu kehilangan dan kita sang makhluk segera turut merancang agar yang hilang kembali ketemu buat menyingkir segala sendu. tidak salah malah ia adalah sunnah berikhtiar dan berusaha sehabis daya gembleng segala teknologi diiring doa setulus hati. sambil itu kita pun berteori dan berspekulasi. biarlah segala teori atau segala spekulasi cetusan dari keinsafan merungkai rahsia Tuhan yang tiada sempadan. kita tidak perlu menanti sehingga kehabisan teori baru ingin menyerah segala misteri ke pangkuan Ilahi. Zizie Ali K.Trg 11 Mac 2014

Kematian Mulia

kematian mulia...
boleh terjadi
di mana sahaja
bukan hanya di dalam masjid
atau di medan para mujahid.

mungkin sekadar dalam penjara
sesudah difitnah dan dihina

oleh sang penguasa
yang bergantung tali hayat
kepada sebuah lubang
yang busuk lagi membusukkan.

atau di laut china selatan
ketika dalam penerbangan
mengurus urusan ummah
yang amalnya nampak biasa
namun berjaya dinisbah
menjadi ibadah.

ya, kematian mulia...
boleh terjadi
di mana sahaja!

Zizie Ali
9 Mac 2014

LANTARAN WUJUDNYA KEZALIMAN

lantaran wujudnya kezaliman
kita pun berpeluang
meninggalkan kamar teori
berlari ke medan realiti
meninggalkan sang pengecut
bergelumang dlm selimut.

lantaran wujudnya kezaliman
kita kejapkan simpulan ukhuwwah
membuat musuh berhati walang
dihambat bayang ketakutan.

lantaran wujudnya kezaliman
maka wujudlah sang pejuang
yg hanya mendamba diri
mengharap ganjaran ukhrawi.

lantaran wujudnya kezaliman
kita tidak lagi diperdaya
membeza kaca dgn permata.

Zizie Ali
10:38 pm
7 Mac 2014
K.Trg

Monday, March 10, 2014

SERBAN KEMATIAN

abu dujanah menggenggam erat
pedang anugerah
lalu membelit kepala
dengan serban merah
berbisik sahabat-sahabatnya:
          "abu dujanah sudah memakai
          serban kematian.."

habib menggenggam erat

mikrofon
terhangguk-hangguk kepalanya
yg berbelit
serban putih:
           "ya hana na..ya hana na.. ya hana na..
           dzoharoddiinul muayyad.."


Zizie Ali
4 Mac 2014

Saturday, November 16, 2013

SEKULAR ITU

adapun sekular itu
adalah memisahkan agama
dari urusan kehidupan.

kata sekularis
agama adalah urusanmu dgn tuhanmu,
lantaran itu
jgn sesekali mencampur aduk
membawa tuhanmu
mencampuri urusan sesama makhluk.

kata mereka lagi
kalau dibiarkan
akan lahir kelompok manusia
yg menggunakan agama
unt kepentingan diri
atau kepentingan organisasi.

bagi sekularis
agama adalah urusan peribadi
org lain usah peduli.

Zizie Ali
Atas Tol
16 Nov 2013
12:16 pm

Monday, April 15, 2013

BELUM TERLAMBAT


selagi ruh belum berpaut di halkum jasad,
pintu taubat luas terbuka.

andai kepentingan diri bersandar duniawi
dikesampingkan,
atau dicampak ke longkang sejarah,
mata hati akan lebih jernih,
al-haq pasti muncul
mengetuk pintu hati.

ZIZIE ALI
15 APRIL 2013