Friday, August 07, 2009
pembakar jambatan di usia senja
pembakar jambatan di usia senja
masih petah berbicara.
katanya
unjukrasa tempoh hari
hanyalah agenda peribadi
buat melupakan kejadian
main belakang.
pembakar jambatan di usia senja
masih petah berbicara
bicaranya
setanding pakteh musa
yang kini bersendaloka
di wad sakit jiwa.
ZIZIE ALI
070909
Friday, March 20, 2009
kembali ii
masih bisakah aku
bermain seruling seperti dahulu
di taman ini ,
sesudah bermusim memikul rentaka
di tengah belantara.
ZIZIE ALI
200309
bermain seruling seperti dahulu
di taman ini ,
sesudah bermusim memikul rentaka
di tengah belantara.
ZIZIE ALI
200309
Wednesday, May 23, 2007
sayap kecil
tidak kau patahkan
sayap kecilku
meski akulah
pengganggu langkahmu
sore itu.
aku sekadar diutus
sebagai saksi kerdil
bahawa rumpun kesabaran
masih mekar
di taman hatimu.
ZIZIE ALI
23.05.07
sayap kecilku
meski akulah
pengganggu langkahmu
sore itu.
aku sekadar diutus
sebagai saksi kerdil
bahawa rumpun kesabaran
masih mekar
di taman hatimu.
ZIZIE ALI
23.05.07
Friday, January 26, 2007
hakikat harapan (memujuk sera)
yang diberi
apa yang kita tidak harapkan
yang kita harapkan
tak kunjung tiba.
kalau tiap yang diharapkan
terus menjelma
samalah dunia
dengan syurga.
ZIZIE ALI
260107
apa yang kita tidak harapkan
yang kita harapkan
tak kunjung tiba.
kalau tiap yang diharapkan
terus menjelma
samalah dunia
dengan syurga.
ZIZIE ALI
260107
Wednesday, September 13, 2006
KITA DAN DIA
ternyata
sampai suatu ketika
kita akhirnya seakan ingin memaafkan
segala kekejaman
meski dia enggan memohon maaf
mengaku segala khilaf.
bukan kita mudah lupa
atau kabur dalam menilik neraca
hanya kita ingin meraih peluang
menggapai mutiara kebenaran
meskipun nantinya
kita terpaksa beriringan
dan berpimpin tangan
dengan sang petualang.
kita dan dia
bertolak dari pelabuhan berbeza
dengan hasrat berbeza
namun kini bukanlah ketika
untuk kita
mengkaramkan bahteranya.
ZIZIE ALI
13.09.06
sampai suatu ketika
kita akhirnya seakan ingin memaafkan
segala kekejaman
meski dia enggan memohon maaf
mengaku segala khilaf.
bukan kita mudah lupa
atau kabur dalam menilik neraca
hanya kita ingin meraih peluang
menggapai mutiara kebenaran
meskipun nantinya
kita terpaksa beriringan
dan berpimpin tangan
dengan sang petualang.
kita dan dia
bertolak dari pelabuhan berbeza
dengan hasrat berbeza
namun kini bukanlah ketika
untuk kita
mengkaramkan bahteranya.
ZIZIE ALI
13.09.06
Sunday, June 18, 2006
PERGI 2
tiba di kebunnya
dia membuka segala busana
memperaga sulit miliknya
dan lelaki para pekerja
lebih rela melihat sang ayam
yang sedang berbiang
di pangkal pokok durian.
dia amat kecewa
dan sakit hati
lantaran tiada yang sudi
merogol dirinya.
lalu
dengan pelbagai nama
dia pun meracau-racau
di alam maya.
ZIZIE ALI
18.06.06
dia membuka segala busana
memperaga sulit miliknya
dan lelaki para pekerja
lebih rela melihat sang ayam
yang sedang berbiang
di pangkal pokok durian.
dia amat kecewa
dan sakit hati
lantaran tiada yang sudi
merogol dirinya.
lalu
dengan pelbagai nama
dia pun meracau-racau
di alam maya.
ZIZIE ALI
18.06.06
Sunday, June 11, 2006
janji kita
kebun ini milik bersama
kita hanya penjaga
buat sementara.
namun usahlah lupa
pada janji kita
bahawa segala pantang
yang sudah aku tentukan
tak akan kau mungkiri
meski apa jua terjadi.
usah cepat lupa daratan
bahawa akulah yang menentukan
dirimu sebagai pengganti
menjaga kebun ini.
"katak seekor jangan kau buang
meski bisingnya mengalahkan kuang
jebat seorang usah kau sentuh
biarkan terpasung di pokok buluh
titian bengkok usah dilurus
apa lagi membuang terus."
ingat
jika kau mungkiri jua
akan ku berak merata-rata
hingga semua orang berkata
bahawa aku sudah gila!
ZIZIE ALI
11.06.06
kita hanya penjaga
buat sementara.
namun usahlah lupa
pada janji kita
bahawa segala pantang
yang sudah aku tentukan
tak akan kau mungkiri
meski apa jua terjadi.
usah cepat lupa daratan
bahawa akulah yang menentukan
dirimu sebagai pengganti
menjaga kebun ini.
"katak seekor jangan kau buang
meski bisingnya mengalahkan kuang
jebat seorang usah kau sentuh
biarkan terpasung di pokok buluh
titian bengkok usah dilurus
apa lagi membuang terus."
ingat
jika kau mungkiri jua
akan ku berak merata-rata
hingga semua orang berkata
bahawa aku sudah gila!
ZIZIE ALI
11.06.06