(i)
ada ketikanya
kau begitu lembut
membelai pantai
dan betapa asyiknya
irama deburmu.
ada ketikanya
kau begitu ganas
menghempas segala
dan hanya air mata
mampu bercerita.
(ii)
dan kita pun semakin insaf
bahawa ombak
hanyalah sang makhluk
yang begitu setia
melaksana tugasnya.
ZIZIE ALI
Disember 2004
(tersiar dalam majalah Dewan Sastera Edisi April 2005, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia)
8 comments:
menarik. jemput bersama kami di www.esastera.com
makasih kerana menjemput. akan merisik sebelum berkunjung...
Tedas, pedas, pedas.
Terima kasih kerana bertamu. Jangan bimbang kengku dah mulai melembut.
Eid Mubarak. Kullu 'aamin wa antum bi khair. Semoga Allah SWT mengampuni kita sekeluarga.
selamat hari raya haji.
AJ, lembut KENG, Vulgar P,
EID MUBARAK.
Salam.
Saya cukup suka yang ini.
:)
bunga rampai,
saya pun suka.tq.
Post a Comment