semoga
malam rahsiaMu
menjadi milik
para iktikaf
di perbatasan,
yang saban malam
dihujani ledakan api
dari gerombolan ahzab.
semoga
malam rahsiaMu
sempat dilihat
oleh para syahid,
yang bertakbir
di bawah runtuhan
dan silau api
pembawa mimpi ngeri.
dan kami
akan tetap di sini
terus berdiri
sebagai saudagar simpati.
ZIZIE ALI
KUALA TERENGGANU
24 Julai 2014
Thursday, July 24, 2014
Saturday, May 31, 2014
HANELANG SANG PETUALANG
sekian lama
setiap senjakala
gelanggang makin berpuaka
langsuir riang berdendang
hantu kengkeng mempintu gerbang
hantu kopek galak mengikik.
tiba-tiba
dia melompat ke tengah gelanggang
memasang kekuda tempang
lalu gegak gempita
tepukan dan sorakan.
kata mereka
sang hanelang bukan sebarangan
tiada gentar membela maruah
rela tersungkur bermandi darah.
dan tika sorakan makin gempita
aku hanya ketawa
lantaran ku kenal
yang sedang berpencak sumbang
hanyalah seorang petualang
yang akan segera terkulai
oleh jentikan lemah gemalai.
ZIZIE ALI
Kuala Terengganu
31 Mei 2014
setiap senjakala
gelanggang makin berpuaka
langsuir riang berdendang
hantu kengkeng mempintu gerbang
hantu kopek galak mengikik.
tiba-tiba
dia melompat ke tengah gelanggang
memasang kekuda tempang
lalu gegak gempita
tepukan dan sorakan.
kata mereka
sang hanelang bukan sebarangan
tiada gentar membela maruah
rela tersungkur bermandi darah.
dan tika sorakan makin gempita
aku hanya ketawa
lantaran ku kenal
yang sedang berpencak sumbang
hanyalah seorang petualang
yang akan segera terkulai
oleh jentikan lemah gemalai.
ZIZIE ALI
Kuala Terengganu
31 Mei 2014
Sunday, May 04, 2014
SANG PENJILAT
katamu
kami ingin bakar kelambu,
kataku
kaulah sang penjilat
yang kemaruk
menahan lukah
di pergetingan
dan sentiasa bersiaga
memijak kepala sahabat
untuk ke puncak.
ZIZIE ALI
21 April 2014
kami ingin bakar kelambu,
kataku
kaulah sang penjilat
yang kemaruk
menahan lukah
di pergetingan
dan sentiasa bersiaga
memijak kepala sahabat
untuk ke puncak.
ZIZIE ALI
21 April 2014
Wednesday, April 30, 2014
BERSENDIRIAN
seperti musim-musim yang lalu
mereka akhirnya
kembali ke lubang
meninggalkan aku
bersendirian berjalan
di padang ilalang
membiarkan dada dan kepala
dihancur peluru rentaka.
ZIZIE ALI
21 April 2014
mereka akhirnya
kembali ke lubang
meninggalkan aku
bersendirian berjalan
di padang ilalang
membiarkan dada dan kepala
dihancur peluru rentaka.
ZIZIE ALI
21 April 2014
Friday, April 25, 2014
LAMAN SETIAKAWAN
ku campak benih idea
di ladang maya
mengharap petani jihad
mengutip dan menyemai
di ladang setiakawan.
sangkaku
benih yg ku campak
mati kerentungan
di bakar api ketakutan.
rupanya
mereka membawa pulang
dan menyemai
di sudut halaman.
dan saban malam
dari pondok usang
ku dengar sayup-sayup
mereka berdendang:
"turunlan turun
embun keikhlasan
siramlah siram
laman setiakawan"
ZIZIE ALI
25 April 2014
Thursday, April 03, 2014
SUARA KEKASIH
sayangku,
telah ku ledakkan
jasad kekasihmu.
rahimnya
yang menyimpan
spermamu
berserakan,
dan hujan malam
telah menghanyutkannya
ke lembah rahsia.
ZIZIE ALI
2 April 2014
telah ku ledakkan
jasad kekasihmu.
rahimnya
yang menyimpan
spermamu
berserakan,
dan hujan malam
telah menghanyutkannya
ke lembah rahsia.
ZIZIE ALI
2 April 2014
Sunday, March 23, 2014
LAWAK POLITIKUS TUA
di pinggir hutan
di depan para haiwan
politikus tua sempat melawak
tentang isteri bekas temannya:
"Hahaha.. dia tersalah jalan
itu sebab lakinya
sering salah lubang"
para haiwan bertepuk tangan
menyaksi politikus tua
yang kian hari kian telanjang
menyerlahkan segala
bulu, lubang dan batang.
Zizie Ali
23 Mac 2014
di depan para haiwan
politikus tua sempat melawak
tentang isteri bekas temannya:
"Hahaha.. dia tersalah jalan
itu sebab lakinya
sering salah lubang"
para haiwan bertepuk tangan
menyaksi politikus tua
yang kian hari kian telanjang
menyerlahkan segala
bulu, lubang dan batang.
Zizie Ali
23 Mac 2014
Thursday, March 20, 2014
MUNAJAT XXX
tuhanku
biarlah jasad kami
tenang bersemadi
di laut hindi.
kadang-kadang
hanya kematian
bisa menyedarkan.
ZIZIE ALI
20 Mac 2014
biarlah jasad kami
tenang bersemadi
di laut hindi.
kadang-kadang
hanya kematian
bisa menyedarkan.
ZIZIE ALI
20 Mac 2014
Tuesday, March 18, 2014
LELAKI DI JENDELA TERBUKA
di sebuah kamar
di putrajaya
seorang lelaki
termenung di jendela terbuka.
direnungnya awan gemawan
diteropongnya biru lautan.
tiada siapa yang tahu
apakah kehilangan itu
membuat hatinya penuh duka
atau dipenuhi kuntuman bunga.
juga tiada kepastian
apakah dia
seorang penyimpan rahsia
atau hanya
seorang mangsa.
Zizie Ali
18 Mac 2014
di putrajaya
seorang lelaki
termenung di jendela terbuka.
direnungnya awan gemawan
diteropongnya biru lautan.
tiada siapa yang tahu
apakah kehilangan itu
membuat hatinya penuh duka
atau dipenuhi kuntuman bunga.
juga tiada kepastian
apakah dia
seorang penyimpan rahsia
atau hanya
seorang mangsa.
Zizie Ali
18 Mac 2014
Sunday, March 16, 2014
HARGA FATWAMU
berapa harga fatwamu
buat mengukir senyum
seorang penguasa zalim,
apakah lebih tinggi
dari harga seorang saksi
untuk satu konspirasi
buat mempertahan kuasa
seorang menteri perdana.
atau lebih harganya
dari sumpah laknat
seorang pemuda perkasa
yang tidak berupaya
melindungi rektum sempit
diterobos senjata sulit
seorang tua sakit belakang
sekali dilensing jatuh terlentang.
Zizie Ali
16 Mac 2014
buat mengukir senyum
seorang penguasa zalim,
apakah lebih tinggi
dari harga seorang saksi
untuk satu konspirasi
buat mempertahan kuasa
seorang menteri perdana.
atau lebih harganya
dari sumpah laknat
seorang pemuda perkasa
yang tidak berupaya
melindungi rektum sempit
diterobos senjata sulit
seorang tua sakit belakang
sekali dilensing jatuh terlentang.
Zizie Ali
16 Mac 2014
Friday, March 14, 2014
ANGKARA TEROPONG BULUH
bertitah seri paduka:
"duhai ahli nujum
tiliklah dengan teropong buluhmu
apakah memang benar
mamak bendahara telah meliwat
hulubalang istana?"
ahli nujum berdatang sembah:
"... telah patik teropong
dalam bubu azimat
telah patik berkayuh
dengan payung hikmat
telah patik menimba
dengan keranjang berkat
maka benarlah sangkaan tuanku
bukan sekadar meliwat
malah punya hasrat
untuk mengkhianat
menghumban tuanku ke dalam penjara
biar mangkat dalam hina."
seri paduka
merah siaga muka baginda
dihunusnya keris pusaka
dibaling sekuat kudrat
di lantai istana tegak terpacak.
Zizie Ali
14 Mac 2014
"duhai ahli nujum
tiliklah dengan teropong buluhmu
apakah memang benar
mamak bendahara telah meliwat
hulubalang istana?"
ahli nujum berdatang sembah:
"... telah patik teropong
dalam bubu azimat
telah patik berkayuh
dengan payung hikmat
telah patik menimba
dengan keranjang berkat
maka benarlah sangkaan tuanku
bukan sekadar meliwat
malah punya hasrat
untuk mengkhianat
menghumban tuanku ke dalam penjara
biar mangkat dalam hina."
seri paduka
merah siaga muka baginda
dihunusnya keris pusaka
dibaling sekuat kudrat
di lantai istana tegak terpacak.
Zizie Ali
14 Mac 2014
Thursday, March 13, 2014
USAHLAH
usahlah meneropong
dengan buluh kebengongan.
usahlah terperangkap
dalam bubu kebahlulan.
usahlah terbang
guna tikar kebongokan.
usahlah ditatang
kelapa-kelapa kebangangan.
Zizie Ali
K.Trg
12.3.2014
dengan buluh kebengongan.
usahlah terperangkap
dalam bubu kebahlulan.
usahlah terbang
guna tikar kebongokan.
usahlah ditatang
kelapa-kelapa kebangangan.
Zizie Ali
K.Trg
12.3.2014
Tuesday, March 11, 2014
MENYERAH MISTERI
halusnya rahsia Tuhan
yang telah merancang
satu kehilangan
dan kita sang makhluk
segera turut merancang
agar yang hilang kembali ketemu
buat menyingkir segala sendu.
tidak salah
malah ia adalah sunnah
berikhtiar dan berusaha
sehabis daya
gembleng segala teknologi
diiring doa setulus hati.
sambil itu
kita pun berteori
dan berspekulasi.
biarlah segala teori
atau segala spekulasi
cetusan dari keinsafan
merungkai rahsia Tuhan
yang tiada sempadan.
kita tidak perlu menanti
sehingga kehabisan teori
baru ingin menyerah
segala misteri
ke pangkuan Ilahi.
Zizie Ali
K.Trg
11 Mac 2014
Kematian Mulia
kematian mulia...
boleh terjadi
di mana sahaja
bukan hanya di dalam masjid
atau di medan para mujahid.
mungkin sekadar dalam penjara
sesudah difitnah dan dihina
oleh sang penguasa
yang bergantung tali hayat
kepada sebuah lubang
yang busuk lagi membusukkan.
atau di laut china selatan
ketika dalam penerbangan
mengurus urusan ummah
yang amalnya nampak biasa
namun berjaya dinisbah
menjadi ibadah.
ya, kematian mulia...
boleh terjadi
di mana sahaja!
Zizie Ali
9 Mac 2014
boleh terjadi
di mana sahaja
bukan hanya di dalam masjid
atau di medan para mujahid.
mungkin sekadar dalam penjara
sesudah difitnah dan dihina
oleh sang penguasa
yang bergantung tali hayat
kepada sebuah lubang
yang busuk lagi membusukkan.
atau di laut china selatan
ketika dalam penerbangan
mengurus urusan ummah
yang amalnya nampak biasa
namun berjaya dinisbah
menjadi ibadah.
ya, kematian mulia...
boleh terjadi
di mana sahaja!
Zizie Ali
9 Mac 2014
LANTARAN WUJUDNYA KEZALIMAN
lantaran wujudnya kezaliman
kita pun berpeluang
meninggalkan kamar teori
berlari ke medan realiti
meninggalkan sang pengecut
bergelumang dlm selimut.
lantaran wujudnya kezaliman
kita kejapkan simpulan ukhuwwah
membuat musuh berhati walang
dihambat bayang ketakutan.
lantaran wujudnya kezaliman
maka wujudlah sang pejuang
yg hanya mendamba diri
mengharap ganjaran ukhrawi.
lantaran wujudnya kezaliman
kita tidak lagi diperdaya
membeza kaca dgn permata.
Zizie Ali
10:38 pm
7 Mac 2014K.Trg
kita pun berpeluang
meninggalkan kamar teori
berlari ke medan realiti
meninggalkan sang pengecut
bergelumang dlm selimut.
lantaran wujudnya kezaliman
kita kejapkan simpulan ukhuwwah
membuat musuh berhati walang
dihambat bayang ketakutan.
lantaran wujudnya kezaliman
maka wujudlah sang pejuang
yg hanya mendamba diri
mengharap ganjaran ukhrawi.
lantaran wujudnya kezaliman
kita tidak lagi diperdaya
membeza kaca dgn permata.
Zizie Ali
10:38 pm
7 Mac 2014K.Trg
Monday, March 10, 2014
SERBAN KEMATIAN
abu dujanah menggenggam erat
pedang anugerah
lalu membelit kepala
dengan serban merah
berbisik sahabat-sahabatnya:
"abu dujanah sudah memakai
serban kematian.."
habib menggenggam erat
mikrofon
terhangguk-hangguk kepalanya
yg berbelit
serban putih:
"ya hana na..ya hana na.. ya hana na..
dzoharoddiinul muayyad.."
Zizie Ali
4 Mac 2014
pedang anugerah
lalu membelit kepala
dengan serban merah
berbisik sahabat-sahabatnya:
"abu dujanah sudah memakai
serban kematian.."
habib menggenggam erat
mikrofon
terhangguk-hangguk kepalanya
yg berbelit
serban putih:
"ya hana na..ya hana na.. ya hana na..
dzoharoddiinul muayyad.."
Zizie Ali
4 Mac 2014