Tuesday, October 18, 2005

usahlah kerana takut

usahlah kerana takut
ahli bahasa membuang kosa kata
reformasi dan keadilan
dari kamus dewan.

usahlah kerana takut
sasterawan terus berkata
shit bukan karya sastera.

usahlah kerana takut
ulamak lantas bersetuju
nabi tidak mencukur janggut baginda
kerana gillete belum tercipta.

usahlah kerana takut
kita semua terus mengangguk...

ZIZIE ALI
01.02.02

1 comment:

NuRaNi HaZa said...

sebab takutlah insan terhalang
melakukan sesuatu yang diluar jangkaan
yang selalu merugikan...

All the things in this world are worth to try,but the death scares us to do so...(tu pun sebab takut jugaklah)