Sunday, June 11, 2006

janji kita

kebun ini milik bersama
kita hanya penjaga
buat sementara.

namun usahlah lupa
pada janji kita
bahawa segala pantang
yang sudah aku tentukan
tak akan kau mungkiri
meski apa jua terjadi.

usah cepat lupa daratan
bahawa akulah yang menentukan
dirimu sebagai pengganti
menjaga kebun ini.

"katak seekor jangan kau buang
meski bisingnya mengalahkan kuang
jebat seorang usah kau sentuh
biarkan terpasung di pokok buluh
titian bengkok usah dilurus
apa lagi membuang terus."

ingat
jika kau mungkiri jua
akan ku berak merata-rata
hingga semua orang berkata
bahawa aku sudah gila!

ZIZIE ALI
11.06.06

1 comment:

Ku Keng said...

Taptibau melambung tinggi;
Berkuku balam di ujung bendul;
Terdengut puyuh panjang bunyi;
Puntung sejengkal tinggal sejari;
Itulah alamat hari nak siang.


Bangunlah wahai 'penjaga'.
Kau pun sementara dan sentiasa
lupa daratan;
Langgar pantang,
Hanya mengumpul hutang.

Hari dah siang.
Jangan lagi terus dalam igauan.