Saturday, February 14, 2015

MENGGILAP KEYAKINAN


sekian lama
dia berlarian di sini
di medan kiri
lantaran dia yakin
di sinilah medan
buat sang pejuang.

di sini
saban hari
dia mengumpul asbab
mengapa harus terus di sini
dan tidak menyeberang
ke medan kanan
lantaran di medan kiri jua
kian marak lahar sengketa.

tiba-tiba
hari ini
dengan tragedi ini
dia menjadi lebih pasti
bahawa di medan kanan
terlonggok najis kezaliman
yang busuk
lagi membusukkan.

dan dia bukanlah petualang
yang bersekongkol
dengan kezaliman.

kekadang
tragedi adalah batu asahan
buat menggilap
mutiara keyakinan.

ZIZIE ALI
KUALA TERENGGANU
10 Feb 2015

No comments: