Monday, May 01, 2017

GENCATAN

GENCATAN
kami akan sokong hudud
dengan syarat
kita bergencat senjata.
dalam tempoh ini
kita jangan saling menyerang
malah kita perlu
saling menolong
dan saling menyokong.
dalam tempoh ini
jangan sesekali
tunjuk simpati
kepada musuh kami
yang akan kami hantar
ke dalam jeriji
malah ciptalah segala bukti
agar dia dibenci
dan dicaci.
(shh... juga jangan sesekali
ikut serta
dalam himpunan bersih)
kami akan sokong hudud
jika segala syarat
gencatan senjata ini
tidak dimungkiri.
(shh.. ini gencatan senjata
bukan bermukah dalam gelita)
ZIZIE ALI
Kuala Terengganu
27 Ogos 2015
(Panduan untuk deklamator: Tika menyebut "shh...", letakkan jari telunjuk di bibir yang memuncung. Cadangan: tika deklamasi sajak ini, pakailah baju biru sekejap. Lepas tu tukarlah)

No comments: