Thursday, January 19, 2006

SUKAR DIPULIHKAN

seperti musim-musim yang lalu
dia akhirnya membuka kitab
al maki wal hamun
dan sesudah membaca
dia bertukar menjadi serigala
terjelir-jelir merata ceruk
menjilat segala yang busuk

aku yang sudah masak
tentang derita paranoidnya
yang kian kronik
tiadalah diamuk panik.

dia sukar dipulihkan
dengan peransang dos tinggi
atau sebarang serapah jampi.

ZIZIE ALI
22.10.05

6 comments:

loppiess said...

Tuhan menyuruhnya berlalai lalai dgn asyik. Dia terpilih sebagai orang yang tidak boleh pulih.

rasabaik said...

zahir itu obsesi

Ku Keng said...

Dia masih tak sedar lagi ke? Kalu belum kita talqin sajalah.

Anonymous said...

dia mungkin memerlukan iv valium

Ku Keng said...

saya fikir arsenic lebih baik. 500mg.

zizie ali said...

loppies,
:)
rasabaik,
:)
keng,
jangan. nanti dia talkinkan kita balik. :)
nurul,
iv valium? no problem. dia boleh cucuk sendiri.:)
keng,
arsenic?tak sesuai. kerana dia tiada kesan lebam di mata. lagipun dia tiada title dato' seri.:)